Keluarga Bayi Ini Terkejut Mendengar Kaki Bayi Mereka Terpaksa Dipotong…jika Dikesan Awal, Perkara Ini Boleh Dielakkan!

Sharing is caring!

Kehadiran bayi ini telah membawa kebahagiaan kepada keluarga Xiaoli. Dia merupakan seorang bayi perempuan yang sangat comel. Apabila dia berusia 1 bulan, lengannya gemuk dan lipatan lengannya melebihi bayi lain seusianya.

Loading...

Tetapi ibunya menganggap ia adalah perkara biasa. Apabila ibunya mahu memandikannya, dia sedar sesuatu yang tidak kena. Apabila dia membuka lipatan di kaki bayinya, dia mendapati lipatan tersebut sudah bernanah.

Ibunya segera membawa bayi berkenaan ke hospital. Setelah diperiksa, doktor mendapati bayi ini mengalami sindrom amniotic band. Jika sindrom tersebut dikesan semasa dilahirkan, bayi ini akan terus dibedah. Tapi kerana sudah terlambat, kakinya harus segera dipotong.

Keluarga Xiaoli benar-benar terkejut mendengar kata-kata doktor tersebut. Namun perkara yang lebih menyedihkan adalah anaknya akan menjalani kehidupan tanpa kaki.

Perkara ini tidak akan menjadi teruk jika ibunya menyedari hal ini dengan lebih awal. Jika dikesan dengan lebih awal, bayi ini hanya perlu dibedahkan dan kakinya dapat diselamatkan.

Loading...

Sindrom band amniotik

Sindrom band amniotik adalah kelainan morfologis di bahagian organ tubuh badan akibat faktor entrinsik. Perkara ini sangat jarang terjadi dan penyebabnya masih lagi menjadi tanda tanya.

Sindrom band amniotik selalunya sukar untuk dikesan sebelum lahir dan sukar dilihat menerusi ultrasound. Seringkali band-band itu dikesan secara tidak langsung kerana masalah dan pembengkakan pada anggota badan, dan sebagainya.

Misdiagnosis juga biasa, jadi jika ada tanda-tanda band amniotik, ujian ultrasound yang terperinci perlu dilakukan untuk menilai tahapnya. Ultrasound 3D dan MRI boleh digunakan untuk diagnosis band yang lebih terperinci dan tepat tetapi akan merosakan / bahaya kepada janin.

Loading...

Era Baru

 

 

Isu R*g0L “Penerjun Wanita Negara, Nur Dhabitah Mengaku Tertekan”

 

Isu R*g0L “Penerjun Wanita Negara, Nur Dhabitah Mengaku Tertekan”

Penerjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri mengakui agak tertekan dengan episod malang berganda yang menimpa sukan itu apabila dipalit isu rogol serta doping.

Katanya, ibu bapanya, Sabri Hashim dan Fazidah Jaafar turut melahirkan kebimbangan dengan keselamatannya untuk terus berlatih khususnya bagi menghadapi Sukan Komanwel dan Asia 2018.

Namun anak jati Kuala Lumpur berusia 18 tahun ini bertekad untuk terus berlatih seperti biasa di bawah Program Podium, apatah lagi dua tugasan antarabangsa menantinya pada bulan ini dan bulan depan.

“Stress (tertekan) sedikit bila dapat tahu berita dua kes itu walaupun tidak banyak yang saya tahu dengan lanjut.

“Mak ayah pun risau tetapi saya beritahu mereka saya alhamdulillah, tiada apa-apa,” katanya selepas Majlis Pemberian Insentif Atlet Wilayah Persekutuan dalam Sukan SEA Ke-29 (KL2017) dan Para ASEAN 2017 di Kementerian Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Kes rogol itu melibatkan seorang jurulatih kebangsaan berusia 35 tahun dan mangsanya, pe­nerjun wanita negara, manakala seorang pemenang emas Sukan SEA didapati positif dalam ujian doping.

Ditanya sama ada dia turut berasa kurang selamat untuk terus berlatih, kata Nur Dhabitah: “Setakat ini saya cuma tumpukan kepada latihan macam biasa sebab 26 hingga 30 Oktober ini ada Grand Prix Antarabangsa di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil.

“Sebagai atlet, saya cuma serahkan urusan kes ini kepada pihak atasan (Persatuan Renang Malaysia dan Majlis Sukan Negara) untuk membuat tindakan.

“Kemudian November ini ada satu kejohanan di Gold Coast, Australia (pemanas badan menjelang Sukan Komanwel, April depan),” katanya.

Menjuarai acara 3 meter papan anjal seirama Sukan SEA di Bukit Jalil, Ogos lalu, Nur Dhabitah turut akan mempertahankan gangsa Sukan Komanwel dalam acara 10m platform seirama yang dimenangi di Glasgow, tiga tahun lalu.

Sementara itu, insentif berjumlah RM375,500 disampaikan oleh Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Adnan Md. Ikhsan kepada pemenang pingat emas KL2017.

Setiap pemenang emas individu menerima RM5,000, manakala RM3,000 bagi berpasukan.

Sebanyak 130 daripada 874 atlet negara dalam KL2017 berasal dari Wilayah Persekutuan dan mereka menyumbang 33 emas, 20 perak dan 21 gangsa, sementara 37 atlet wilayah meraih tujuh emas dalam Sukan Para ASEAN, bulan lalu.- UTUSAN

Sharing is caring!

Loading...