8 Barang Anda Patut Jangan Pinjamkan Kepada Sesiapa, Termasuk Kepada Orang Yang Tersayang Dan Terdekat

Sharing is caring!

Kita semua tahu bahawa seseorang tidak boleh meminjam sikat atau berus gigi orang lain. Walau bagaimanapun, terdapat banyak lagi barangan peribadi lain yang kadang-kadang kita tidak boleh berkongsi dengan orang lain.

Jom kita lihat senarai barang-barang yang tidak boleh mempunyai lebih daripada seorang pemilik. Selain itu, kami akan memberitahu anda bagaimana untuk menjaga bagi memastikan barang-barang tersebut bersih dan sentiasa berada dalam keadaan yang baik!

Loading...

8. Pengilap bibir dan gincu

Jika rakan anda telah meninggalkan set alat soleknya di rumah. Bolehkah anda meminjamkan lipstik kepadanya? Sebenarnya, anda tidak boleh berbuat demikian.

Penyakit seperti herpes mudah disebarkan melalui perkongsian gincu atau pengilap bibir. Walaupun orang yang terjejas tidak mempunyai ruam yang jelas, virus itu masih boleh wujud di dalam mulut dan air liur. Pada masa ini, ubat sudah tidak berkesan 100% untuk penyakit herpes ini.

Sekiranya virus itu telah dikesan, berhenti menggunakan gincu yang tercemar itu. Selepas ruam sudah hilang, lebih baik anda membeli set solek yang baru untuk mengelakkan penyakit daripada berlaku semula.

Untuk mengelakkan pengumpulan kotoran dan bakteria, gunakan tisu bersih untuk membuang lapisan atas lipstik secara berkala.

Loading...

7. Headphones

Setiap orang mempunyai keseimbangan flora bakteria yang unik di dalam tahi telinga. Setiap kali kita berkongsi earphone dengan seseorang, kita akan mengganggu imbangan ini dan seterusnya dapat menimbulkan jangkitan telinga.

Anda boleh membersih tahi telinga dari permukaan earphone dengan menggunakan kapas yang dicelup dalam hidrogen peroksida. Elakkan menggunakan terlalu banyak cecair supaya tidak merosakkan pembesar suara.

Pad yamg dicelup di dalam larutan alkohol juga boleh menghapuskan bakteria. Jika anda sangat kerap menggunakannya, pastikan untuk membersihkan earphone anda sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Loading...

6. Klip dan pengerinting rambut

Ramai orang tahu bahawa meminjamkan sikat anda kepada orang lain adalah idea yang tidak baik. Sama juga untuk semua aksesori rambut yang bersentuhan dengan kulit kepala! Kulat dan kutu mudah tersebar dengan menggunakan pengikat rambut, sikat, atau pengeriting rambut yang dipinjam.

Pengikat rambut yang lembut perlu dibasuh setiap beberapa minggu, bergantung kepada kekerapan penggunaan. Pengeriting rambut dan klip rambut logam boleh juga dibilas dengan air sabun. Pastikan anda mengeringkannya selepas membasuh.

5. Deodoran

Walaupun deodoran mempunyai sifat antibakteria, permukaan yang bersentuhan dengan kulit mungkin mengandungi bakteria. Tambahan pula, bakteria itulah yang menyebabkan bau peluh yang kita cuba hilangkan.

Adalah lebih baik untuk menggunakan deodoran selepas anda mandi, sementara kulit anda masih lagi bersih. Sekiranya anda perlu menyegarkan ketiak anda pada waktu siang, lap dengan tisu lembap terlebih dahulu.

4. Tuala

Fungsi utama tuala adalah untuk menyerap jumlah maksimum cecair dari permukaan badan anda. Disebabkan itu, walaupun anda sihat, kelembapan yang meningkat di dalam bilik mandi secara beransur-ansur menjadikan kain basah tuala anda menjadi tempat acuan pembiakan yang sempurna untuk bakteria dan kulat.

Pakar kebersihan menasihati bahawa kita mesti menukar tuala setiap 3-4 hari. Adalah lebih baik untuk mengeringkan tuala anda di balkoni atau di tempat yang kering berbanding dengan meninggalkannya di bilik mandi.

Pastikan keringkan tuala anda selepas setiap penggunaan, dan jangan lupa untuk seterikakannya selepas mencuci.

3. Set penjagaan dan eksesori kosmetik

Pinset, gunting kuku, pisau cukur, dan aksesori lain hanya boleh digunakan oleh anda seorang sahaja, jangan berkongsi dengan orang lain. Apabila digunakan secara kerap, barang-barang ini mungkin mempunyai titisan mikroskopik darah yang tidak kelihatan di permukaannya.

Jangan berkongsi dengan sesiapa jika anda ingin mengelakkan jangkitan herpes dan jangkitan kulat.

Lapkan eksesori dengan alkohol sebelum atau selepas penggunaannya.

2. Aksesori penjagaan kulit

Berus pembersih muka dan span sangat cukup mudah untuk dibersihkan. Walau bagaimanapun, dari masa ke masa, alat-alat ini mengumpul dan mengandungi bakteria. Ia boleh menyebabkan berlakunya jerawat dan kulit muka mengelupas.

Jangan lupa untuk mencuci dengan teliti aksesori ini dengan air sabun selepas setiap penggunaan. Juga dinasihatkan untuk menukarnya untuk setiap 2-3 bulan.

1. Kasut rumah

Apabila meraikan kedatangan tetamu, sudah menjadi kebiasaan untuk menawarkan mereka untuk memakai selipar atau kasut di dalam rumah. Tetapi, lebih baik untuk anda memilikinya sendiri untuk dipakai ketika majlis yang tertentu.

Apabila anda memakai kasut, kaki anda akan menjadi basah disebabkan peluh. Ini akan menggalakkan aktiviti pembiakan kulat pada kasut anda. Anda harus elakkan memakai kasut ketika kaki berada dalam keadaan yang basah untuk mengelakkan kewujudan bakteria dan kulat.

Walaupun ia adalah kasut yang paling anda suka, anda tidak seharusnya memakai kasut itu untuk satu tempoh yang agak lama. Ianya adalah lebih baik untuk membasuh kasut anda dan menukarnya setiap 6 bulan. Anda juga boleh menggunakan cuka untuk membasuh kasut atau selipar rumah anda.

Sharing is caring!

Loading...