Perkahwinan 17 Tahun Berkakhir Tragis,Isteri Nekad Putuskan Leher Suami Kerana Dendam

Sharing is caring!

Isu dan masalah dalam rumah tangga bukanlah satu perkara baru dan ianya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja baik di negara kita dan di tempat lain. Begitu juga di Indonesia ini. Mengikut laporan portal rasmi Tribunnews,sepasang suami isteri ini di katakan sudah lama melalui masalah rumah tangga.

Lelaki yang berusia 43 yang di kenali penduduk setempat dengan nama Hamdani, telah menemui ajal di tangan isterinya sendiri. Hamdani di jumpai oleh orang ramai dengan mayatnya mempunyai lebih dari 10 tikaman, perutnya di robek dan terbuarai dan lehernya putus seperti leher seekor ayam. Ini menunjukkan bahawa si pembunuh sangat marah akan si mangsa dan melepaskan semua amarah itu melalui semua tikaman tersebut.

Loading...

Hasil siasatan di dapati yang membunuh Hamdani itu ialah isterinya Nursina yang berumur 40 tahun. Setelah di tahan, dia mengaku membunuhnya dan tidak kesal dengan perbuatan itu.Katanya dia sudah tidak tahan lagi kerana 17 tahun berkahwin, suaminya suka mengasarinya .Dia bersabar dan bertahan meskipun sedih.

Akhir-akhir ini suaminya mula berkasar teruk dengannya dan ia merebak kepada anak-anak.Kerana tidak tahan dia pun nekad untuk membunuh suaminya. Nursina berdepan dengan hukuman mati dan dia mahu menyerahkan anak-anaknya kepada ibunya di kampung jika dia sudah tidak ada lagi di dunia ini.Hani salah seorang anak mereka tidak dapat menahan sebak melihat mayat ayahnya.

Walaupun dia menjadi mangsa keganasan ayahnya sendiri, dia tidak dapat menahan sedih dengan apa yang berlaku. Nursina di katakan melakukan pembunuhan itu ketika mangsa sedang tidur di sebuah pondok di kebun.

 

………………………………………….
Selepas Putera Mateen, Putra Abdul Wakeel Pula Punya Ramai Peminat dan Mendapat Banyak Perhatian

Umum mengetahui bahawa sejak Sukan SEA berlangsung baru-baru ini, nama Putera Mateen semakin menyerlah dan di minati ramai terutama golongan wanita. Tidak hairan kerana anak raja dari keluarga Diraja Brunei ini punya penampilan yang menarik selain daripada punya sikap rendah diri dengan ramai orang.

Loading...

Sekarang ini, adiknya yang bernama Putera Wakeel pula mendapat perhatian ramai. Putera Wakeel merupakan anak sulung kepada Azharinaz iaitu bekas isteri kepada Sultan Brunei dan beliau juga pernah bertugas di TV3 sebagai wartawan. Hasil pernikahan Azharinaz dan juga Sultan Brunei, beliau mempunyai sepasang cahaya mata.

 

 

 

 

Loading...

Putera Abdul Wakeel tinggal dan di besarkan di Brunei namun tetap terus berhubung dan berjumpa dengan bondanya walau jarak jauh antara Malaysia dan Brunei. Putera Abdul Wakeel di lihat sangat iras dengan bondanya dan penampilannya yang di lihat menarik dan comel mencuri hati ramai orang.

 

 

 

Putera Abdul Wakeel di katakan rapat dengan kakandanya iaitu Putera Mateen. Putera Abdul Wakeel juga di lihat turut mengikut Ayahandanya untuk ke mana-mana majlis rasmi.

 

 

 

Apabila di ajak bergambar oleh netizen, beliau tidak kekok untuk melayan dan memberikan senyuman manis. Rakyat Brunei juga cukup suka akan Putera Abdul Wakeel yang di katakan bukan sahaja seorang budak yang comel malah mesra dengan sesiapa pun.

 

Sharing is caring!

Loading...